Pengajian Malaysia:Perlembagaan Malaysia
PERUNTUKAN UTAMA PERLEMBAGAAN MALAYSIA
NAMA AHLI KUMPULAN:
1) Muhd Syaiful Abidin B.Yahya
(05DKA18F1097)
2)Mohd Zafharul Hasnizal B. Zaluhi
(05DKA18F1052)
3) Mohd Nur Hilmi
(05DKA18F1113)
4)Mohd Amir Hamzah B. Azizan
(05DKA18F1154)
5) Adry Isaac Anak Guntor
(05DKA18F1049)
KELAS : DKA1A
KURSUS : Pengajian Malaysia
KOD : DUB1012
KOS : DIPLOMA KEJUTERAAN AWAM
SESI : JUN 2018
NAMA PENSYARAH: Encik Shahidan Shafie
JABATAN : Kejuteraan Awam
ISI KANDUNGAN :
- FOLIO BLOG
- PENDAHULUAN
- HAK ISTIMEWA ORANG MELAYU
- KEBEBASAN ASASI
- PERKARAN DALAM PERUNTUKAN PERLEMBAGAAN YANG MENJADI TOLAK ANSUR ANTARA ORANG MELAYU DAN BUKAN MELAYU
- PANDAGAN TENTANG SEBAB PERLU ADA PERUNTUKAN ISTIMEWA DALAM PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN MALAYSIA
- SEBAB PERLU ADA KEBEBASAN DAN PADA MASA YANG SAMA SEKATAN TERHADAP KEBEBASAN TERSEBUT
-PENUTUP
-PENGAHARGAAN
-RUJUKAN
Bab2 : Peruntukan Utama Perlembagaan Malaysia
Bab ini akan membincangkan tentang peruntukan utama yang terkandung dalam perlembagaan. Selain itu membincangkan hak asasi kebebasan individu.
PengenalanPerlembagaan Persekutuan Malaysia terhasil sejak kemerdekaan masih mengekalkan peruntukan-peruntukan penting dalam perlembagaan seperti hak asasi, kewarganegaraan, hak istimewa orang Melayu, agama dan bahasa.Perlembagaan Persekutuan dibentuk dengan mengambil kira perkembangan sejarah negara sebelum dan selepas penjajahan kuasa asing.Hal ini diambil kira bagi merealisasikan cita-cita sesebuah negara untuk mewujudkan sebuah negara yang prihatin, demokrasi, dan adil untuk semua pihak.
PengenalanPerlembagaan Persekutuan Malaysia terhasil sejak kemerdekaan masih mengekalkan peruntukan-peruntukan penting dalam perlembagaan seperti hak asasi, kewarganegaraan, hak istimewa orang Melayu, agama dan bahasa.Perlembagaan Persekutuan dibentuk dengan mengambil kira perkembangan sejarah negara sebelum dan selepas penjajahan kuasa asing.Hal ini diambil kira bagi merealisasikan cita-cita sesebuah negara untuk mewujudkan sebuah negara yang prihatin, demokrasi, dan adil untuk semua pihak.
LATAR BELAKANG HAK-HAK ISTIMEWA ORANG MELAYU
Setiap orang di Malaysia mempunyai hak-hak dan kewajipan yang sama, namun, rakyat yang berketurunan Melayu mempunyai hak yang istimewa berbanding bangsa lain. Hak-hak istimewa orang Melayu ini bukan merupakan peraturan baru, malahan hak-hak ini telah tercatat dalam Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu 1948, dan perjanjian-perjanjian ini telah pun diamalkan di negeri-negeri Melayu yang tidak bersekutu sebelum perang lagi.
Jawatan Yang di-Pertuan Agong, tidak merupakan hak istimewa orang Melayu tetapi akan dipegang oleh orang Melayu sampai bila-bila. Hak-hak ini akan dipatut sampai bila-bila kecuali jika perlembagaan diubah atau dicabuli. Tapi jawatan seperti Perdana Menteri, Ketua Menteri, Menteri Besar dan Gabenor-gabenor boleh dipegang oleh mana-mana bangsa lain selain daripada Melayu asalkan beliau lahir di Persekutuan Tanah Melayu.
Isi kandungan Hak-hak istimewa orang Melayu
- Hak orang Melayu
- Hak untuk orang Melayu mendapat tanah dengan kebenaran oleh Kerajaan Negeri (kerana pembukaan tanah adalah dibawah kawal-selia Kerajaan Negeri). Kerajaan Negeri boleh membuka tanah khas untuk Melayu tanpa sebarang syarat.
- Jawatan dalam Kerajaan
- Jawatan-jawatan kanan dalam Kerajaan Persekutuan Tanah Melayu, mestilah diperuntukkan pada nisbah yang tertentu untuk orang Melayu dan orang bukan Melayu.
- Peruntukan biasiswa
- Peruntukan biasiswa atau bantuan yang lebih banyak untuk kepada penuntut-penuntut Melayu daripada penuntut-penuntut bukan Melayu.
- Bantuan Ekonomi
- Peraturan hendaklah dibuat untuk membolehkan orang Melayu mendapat lesen-lesen atau kebenaran-kebenaran tertentu bagi membolehkan mereka menjalankan aktiviti perusahaan dan aktiviti-aktiviti ekonomi lain.
Hak-hak istimewa orang Melayu adalah di bawah perlindungan Yang di-Pertuan Agung. Segala perubahan baharu berkenaan dengan hak-hak istimewa orang Melayu adalah berdasarkan persetujuan Sultan-Sultan negeri di Malaysia. Hak-hak istimewa orang Melayu di negeri-negeri Malaysia adalah terjamin selain daripada hak-hak istimewa orang Melayu dalam Perlembagaan Persekutuan.
KEBEBASAN ASASI
1)Kebebasan diri
- Mengikuti undang-undang ,tiada seorang pun boleh diambil nyawanya atau kebebasan dirinya akan dilucutkan
- Jika pengaduan dibuat kepada Mahkamah Tinggi atau mana-mana hakim Mahkamah Tinggi menyatakan bahawa seseorang sedang ditahan dengan menyalahi undang-undang, maka mahkamah itu hendaklah menyiasat dahulu pengaduan itu
- Apabila Seseorang itu tertangkap maka dia hendaklah memberitahu alasan-alasannya mengapa dia ditangkap dan dibenarkan untuk berunding serta dibela oleh pengamal undang-undang
- Tanpa kebenaran majitsret seseorang yang ditangkap dan tidak dilepaskan tanpa alsan yang munasabah yang kukuh dan dalam tempoh 24 jam perlu dibwa untuk berhadapan dengan majistret dan tidak boleh ditahan dalam penjangaan selanjutnya
2) Keabdian dan kerja paksa dilarang
- Tiada warganegara pun yang boleh ditahan sebagai abdi.
- Segala jenis kerja paksa dilarang tetapi Parlimen boleh, dengan undang-undang, membuat peruntukan bagi perkhidmatan kerahan bagi maksud-maksud negara.
3 Perlindungan daripada undang-undang jenayah yang berkuat kuasa kebelakangan dan perbicaraan berulang
- Tiada warganegara pun boleh dihukum kerana sesuatu perbuatan atau ketinggalan yang tidak menjadi kesalahan di sisi undang-undang pada masa perbuatan atau ketinggalan itu dilakukan
- seseorang warganegara yang telah dibebaskan daripada sesuatu kesalahan atau disabitkan dengan sesuatu kesalahan tidak boleh dibicarakan semula kena kesalahan itu telah disahkan.
4 Keselamatan
-Semua org berhak mendapat perlindungan yang sama dari segi undang-undang tanpa perbezaan dari segi warga asing,politik,sosial ,pekerjaan,taraf ekonomi kecuali sebagaimana yang dibenarkan oleh perlembagaan
5.Larangan buang negeri dan kebebasan untuk bergerak
-Tiap2 warganegara berhak untuk bergerak atau bermastautin di mana-mana negeri namun sekatan akan dikenakan oleh parlimen atas tujuan keselamatan,kesihatan awam dari hukuman ke atas pesalah
6.Kebebasan untuk bercakap,berhimpun dan persatuan
-semua warganegara berhak untuk berhimpun secara aman,mempunyai kebebasan dalam menyuarakan pendapat dan membentuk persatuan tetapi parlimen berhak menyekat kebebasan itu demi keselamatan dan ketenteraman negara
7. Kebebasan beragama
-semua orang berhak menganuti dan mengamalkan agama dan ajran msaing2 tetapi diboleh mempunyai cukai khas untuk membayar maksud agama tersebut .undang-undang negeri akan menyekat perkembangan iktikad atau kepercayaan antara penganut agam islam
8. Hak berkaitan pendidikan
- Semua Pihak berkhak mendapat pelajaran yang sama daripada pihak berkuasa dan menubuhkan serata menyelenggarakan institusi pendidikan dalam kumpulan agama masing-masing.
9.Hak Terhadap Harta
- Setiap orang berhak mengumpul dan mengagihkan hartanya,pampasan akan diberi apabila seseorang mengambil alih melalui undang-undang
- Tetapi berlaki pelucutan harta terhdap seseorang tidak mengikuti undang-undang.
Ancaman kepada Melayu
Entah mengapa sejak kebelakangan ini sudah timbul keberanian luar biasa daripada pelbagai pihak untuk mempertikaikan apa yang sudah termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan.
Antara perkara yang semakin lantang menjadi perdebatan atau perbahasan ialah mengenai Perkara 153 berhubung keistimewaan orang Melayu.
Walaupun pihak-pihak yang berbuat demikian amat memahami ia sesuatu yang sensitif namun mereka tidak mempedulikan itu semua.
Sebaliknya satu demi satu hujah mereka keluarkan bagi menggugat apa yang sudah terpahat dalam Perlembagaan. Persoalannya wajarkah perkara seumpama itu terus menjadi pertikaian? Tidakkah ia sepatutnya dihormati memandangkan ia adalah satu Perlembagaan negara?
Kegagalan orang Melayu untuk berhujah mengenai intipati apa yang terkandung dalam Perlembagaan juga menjadi punca pihak lain mampu mempertikaikan apa yang sudah diperuntukkan.
Kemudian , Sikap generasi baru yang mahu memperjuangkan kesamarataan antara kaum juga turut menyebabkan segala yang ditetapkan oleh Perlembagaan mengenai orang Melayu semakin terancam .Kenapa sejak kebelakangan ini perkara-perkara dalam Perlembagaan terus dipertikaikan?
Sesetengah pihak pada masa ini ia memang menunjukkan sikap “ ingin tahu “ apa yang ada dalam Perlembagaan dan kemudian mempertikaikan kewujudannya tanpa mahu memahami kenapa ia diwujudkan. Apa yang sepatutnya dilakukan ialah bertanya kenapa sesuatu perkara dalam Perlembagaan itu diwujudkan, contohnya dalam soal hak keistimewaan orang Melayu yang terkandung dalam Perkara 153.
Sejarah bangsa Melayu dan pembentukan Perlembagaan sesetengah perkara itu harus diterima, ertinya tidak boleh ditolak atau diubah semata-mata untuk mengikut perubahan semasa. Untuk perkara sebegitu , demokrasi mempunyai ruang bagi membolehkan perkara dalam Perlembagaan diperbincangkan tetapi bukan sampai ke tahap yang boleh menggugat Perlembagaan itu sendiri. Ini termasuklah perbincangan yang menjurus ke arah provokasi seperti hendak membuang peruntukan Perlembagaan yang sedia ada.
Apakah peruntukan Perkara 153 dalam Perlembagaan itu keterlaluan melindungi orang Melayu sehingga menjejaskan bangsa-bangsa lain? Suruhanjaya Reid,menyatakan kalau orang Melayu mengambil hak Melayu secara tidak terancang ia boleh meruntuhkan pembinaan bangsa dan negara. Atas sebab itu , orang Melayu menyatakan tidak berpendapat bahawa Perkara 153 memberi kelebihan melampau kepada orang Melayu.
Sistem tersebut mesti bergerak dengan hak-hak munasabah terhadap bangsa lain. Suruhanjaya Reid merujuk salah satu syarat Perlembagaan ialah menjaga kedudukan Melayu dan Islam serta menjaga hak-hak munasabah terhadap bangsa lain, jadi apabila orang Melayu menjaga kepentingan Melayu ini tidak bermakna orang Melayu mengabaikan bangsa lain. Untuk membina sebuah negara yang aman dan damai serta mewujudkan kestabilan politik Melayu memerlukan kesaksamaan dan keadilan.
Selepas itu , Perlembagaan orang Melayu diberi sedikit kelebihan atau keistimewaan tetapi dari segi aplikasinya mungkin tidak begitu ketara. Adalah tidak adil untuk mengatakan orang Melayu mendapat segala-galanya. Cuba lihat siapa yang mengawal ekonomi Malaysia ?
Laporan Suruhanjaya Reid mengenai Perlembagaan mempunyai kelebihan kepada orang Melayu diberikan sejak 1948. Pada tahun itu, orang British sendiri tidak pernah menyentuh soal Melayu dan Islam. Ini kerana ia menjadi subjek yang terlalu sensitif kepada British. Namun dalam masa yang sama terdapat terma bahawa bangsa lain tidak diabaikan.
Punca utama kerana orang Melayu tidak pandai berhujah, kita tidak memahami sejarah sendiri. Kelemahan orang Melayu sekarang ialah tidak memahami kenapa diwujudkan keistimewaan dalam Perlembagaan. Pembinaan bangsa, adalah jelas semua rakyat Malaysia tanpa mengira kaum berhak untuk merasa bangga menjadi rakyat negara ini tetapi ia tidak bermaksud kepentingan Melayu harus dilunturkan. Rakyat seharusnya memahami sejarah yang menunjukkan Malaysia adalah sebuah negara yang dianggotai oleh pelbagai bangsa tetapi tidak boleh mengenepikan kerangka asas pembinaan negara ini iaitu orang Melayu.
Seharusnya orang Melayu memberi pemahaman kepada bangsa lain kenapa terdapat peruntukan tertentu mengenai Melayu dan Islam dalam Perlembagaan. Dalam soal Perkara 153 bukan mudah ia ditarik begitu sahaja. Ini kerana ia mempunyai hubung kait dengan peruntukan-peruntukan lain seperti keistimewaan raja-raja.
Sedangkan institusi raja-raja bertanggungjawab terhadap dua perkara iaitu Melayu dan Islam. Institusi raja-raja dibentuk oleh Perlembagaan dengan tujuan mewujudkan kestabilan politik. Tetapi kalau soal Melayu ditarik dalam Perkara 153, ertinya raja pun tidak akan wujud. Keadaan itu kalau berlaku sudah tentulah akan menjejaskan kestabilan politik negara. Bagaimanapun kalau boleh soal mengenai Melayu ini tidaklah dibincangkan dalam suasana terlalu panas atau penuh provokasi. Masyarakat Malaysia sudah mengetahui isi kandungan Perlembagaan. Oleh itu orang Melayu terutama pemimpin kita harus pandai berhujah dan memahami Perlembagaan tanpa sentimen politik.
Perbincangan antara isu politik dengan isu Perlembagaan harus dibicarakan . Perbincang soal Perlembagaan secara akademik dan intelektual bukan provokasi. Jika dilihat dari semasa ke semasa semakin banyak peruntukan Perlembagaan mengenai orang Melayu diganggu gugat. Dahulu ia bermula dengan Perkara 152 iaitu mengenai bahasa Melayu dan sekarang Perkara 153 pula. Jika dibiarkan, ia akan menyebabkan porak peranda kerana sistem pentadbiran negara dan kestabilan politik akan terancam.
Bersetuju atau tidak jika orang mengatakan masalah kita bukan dengan sistem tetapi pemain. Jika membiarkan peruntukan-peruntukan itu dibincangkan secara provokatif mendatangkan masalah lebih besar. Dalam soal ini pemain harus memastikan peruntukan itu dijalankan sebagaimana yang dimaksudkan dalam Perlembagaan. Selain itu, mereka juga harus memantau sejauh mana peruntukan itu dilaksanakan.
Para pemain dalam sistem ini perlu berubah dan melihat balik apa yang mereka buat itu bertepatan dengan tujuan atau objektif Perlembagaan atau tidak. Ini bagi mengelakkan Perlembagaan hanya menjadi kosmetik.
Kalau Perlembagaan itu hendak dihormati ia harus dilaksanakan, masalahnya tidak ada penguatkuasaan jika ia dilanggar. Walaupun Perlembagaan bukanlah kanun keseksaan tetapi kita sudah membina satu konvensyen atau adat Perlembagaan yang harus dihormati.
Atas sebab itu orang Melayu memerlukan penguatkuasaan yang tegas ke atas pencabulan Perlembagaan. Kalau kita dilihat lemah dalam soal ini sudah pasti ada pihak yang akan melakukan provokatif untuk menolak apa-apa yang termaktub dalam Perlembagaan.
Faktor utama yang menyebabkan kekeliruan ini berlaku kerana orang tidak faham apa konsep keadilan dalam sistem Perlembagaan orang Melayu. Kalau hendak bagi semua orang sama rata itu tidak adil. Lihatlah sejarah bangsa mana-manapun sudah pasti ada sesetengah golongan harus diberi keutamaan. Apa yang diberikan oleh Perlembagaan kepada orang Melayu tidaklah melampau. Jadi tidak perlulah lagi dipersoalkan mengenai hak keistimewaan orang Melayu ini.
Orang Melayu terlalu berdiplomatik dengan sifat kemelayuan, sedangkan Melayu sebenarnya kuat dan hebat, tetapi masyarakat sekarang tidak terlalu apologetik. Sikap apologetik dan diplomatik, sikit-sikit minta maaf menyebabkan orang naik tocang. Sikap ini kalau dilakukan terlalu kerap orang akan bosan. Faktor utama mengapa hak orang Melayu di sisi Perlembagaan sering dipersoalkan ialah tidak tegas dari segi penguatkuasaan dan sifat apologetik. Inilah dua karakter yang menyebabkan Perkara 153 dipijak, menyebabkan kedudukan orang Melayu dipijak sehingga orang Melayu rasa bersalah dan malu untuk mengaku orang Melayu sebenarnya ada keistimewaan .
( Dr. Sham Rahayu, Pensyarah Undang-undang Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM).
2 . Bertolak ansur ke arah perpaduan negara
Satu isu hangat ialah kerakyatan jus soli. Kerakyatan ini yang menjadi tuntutan orang dagang tidak dapat diterima oleh orang Melayu. Ini adalah kerana prinsip kerakyatan jus soli memberikan hak sama rata kepada semua kaum dan ini dianggap boleh melemahkan lagi kedudukan orang Melayu. Namun selepas beberapa rundingan dibuat, Raja-Raja Melayu telah menerima kerakyatan jus soli dengan syarat orang bukan Melayu mengiktiraf kedudukan istemewa orang Melayu dalam perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu. Dengan tolak ansur ini satu pakatan murni antara kaum telah terbina di Persekutuan Tanah Melayu yang merdeka. Perkara lain yang telah dipersetujui termasuklah agama Islam sebagai agama rasmi persekutuan Tanah Melayu dan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan.
Memang sudah begitu cantik dan kemas susun ayat yang terkandung dalam ‘kontrak sosial’ yang dibuat oleh Raja-Raja Melayu dengan pemimpin-pemimpin Melayu, Cina dan India. Akhirnya semua setuju untuk menyelesaikan masalah yang paling rumit ketika itu – kerakyatan Jus Soli.
Isu kerakyatan Jus Soli merupakan isu ‘ duri dalam daging’ yang perlu diselesaikan oleh pemimpin-pemimpin kaum sekiranya kemerdekaan negara hendak dicapai. British masih bertegas bahawa sekiranya ketiga-tiga kaum tidak bersatu hati dan tidak sepakat mereka tidak akan memberikan kemerdekaan kepada Persekutuan Tanah Melayu. Dan kemungkinan British meletakkan syarat berkenaan dengan harapan isu kerakyatan ini tidak akan dapat diselesaikan oleh kaum-kaum yang ada di Tanah Melayu ketika itu. Mungkin British juga merasakan bahawa isu perpaduan kaum terbesar ini tidak akan dapat tercapai memandangkan British telah pun berjaya menjalankan dasar ‘ pecah dan perintahnya’.
Orang Melayu ‘ bermati-matian ‘ mempertahankan agar kerakyatan Jus Soli tidak diterima. Orang Melayu tentunya tidak dengan senang menyerahkan kerakyatan kepada orang asing, kaum pendatang ia itu orang Cina dan India. Mereka merasakan tanggungjawab mereka untuk mempertahankan negara ini kerana Tanah Melayu adalah negara mereka. Takkanlah negara yang mereka punya hendak diserahkan kepada orang asing. Apatah lagi negara jiran seperti Indonesia dan Thailand tidak memberikan kerakyatan kepada orang lain – orang Cina misalnya.
Pemimpin ketiga-tiga kaum ketika itu betul-betul dalam dilemma. Hendak ditelan mati emak dan jika diluah mati bapak. Apakah cara mereka hendak menyelesaikan isu yang rumit ini.
Keadaan episode sejarah inilah yang perlu betul-betul difahami oleh setiap kaum di Malaysia kemudian hari. Samada Melayu, Cina atau India. Mereka kena betul-betul faham dan dapat menggambarkan suasana keadaan itu yang amat memerlukan pemimpin kita membuat keputusan yang tepat dan jitu.
· Negara perlu dimerdekakan.
· British meletakkan syarat yang ketiga-tiga kaum mesti bersatu dan bersetuju sebelum diberikan kemerdekaan.
· Orang Melayu membangkang keras pemberian kerakyatan kepada orang bukan Melayu.
· Orang asing – Cina dan India mengharapkan mereka diberikan kerakyatan dengan beberapa alasan yang kukuh
Di sinilah letaknya perasaan keikhlasan para pemimpin di Tanah Melayu yang tidak ada tolak bandingnya dalam sejarah kemerdekaan negara. Tunku Abdul Rahman, Tun Tan Cheng Lock, Tun Sambanthan adalah tokoh-tokoh negara yang tidak harus dilupakan jasa mereka oleh anak cucu kita terhadap perjuangan memerdekakan negara.
Diatas semangat keikhlasan juga mereka dapat menyelesaikan masalah yang begitu rumit untuk diselesaikan. Masing-masing mungkin memikirkan tentang kesejahteraan bangsa mengatasi segala-galanya dalam menyampaikan kata sepakat mereka. Lantas terhasillah kontrak sosial yang amat penting yang setiap kaum harus patuhi sampai hari ini.
· Raja-Raja Melayu menerima kerakyatan Jus Soli. Orang bukan Melayu pula mengiktiraf kedudukan istemewa orang Melayu dalam perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu. Agama Islam sebagai agama rasmi persekutuan Tanah Melayu dan Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan.
Semenjak zaman awal menuntut kemerdekaan negara, syarat-syarat ini telah dipersetujui oleh ketiga-tiga kaum yang terbesar di negara ini. Tidak pernah dipersoalkan secara terbuka. Walaupun pada mulanya ada sungutan dan perasaan ketidakpuasan hati tentang persetujuan itu namun setelah beberapa lama setiap kaum saling memahami tentang kepentingan kontrek sosial itu. Setiap kaum akur dan memahami mengapa syarat-syarat itu perlu dipatuhi.
Oleh itu tidak harus ada sesiapa pun yang cuba mempersoal dan menggugat kontrak sosial yang telah termeterai itu. Dengan sebab itulah apabila ada suara-suara sumbang yang meminta dikaji semula kerakyatan yang telah dipersetujui, maka rakyat dari semua kaum dan yang berlainan fahaman politik turut menentangnya. Inilah semangat bangsa Malaysia yang tulin.
Melalui permuafakatan sosial ini, Orang melayu bersedia mengubah tanah asal tumpah darah keturunan mereka menjadi tanah perkongsian dengan orang Cina dan orang India. Orang Melayu bersetuju memberikan hak kewarganegaraan berdasarkan prinsip jus soli kepada orang-orang bukan Melayu. Sebagai balasan orang bukan Melayu bersetuju agar kedudukan istimewa orang Melayu, kedudukan agama Islam, Bahasa Melayu dan kedudukan Raja-Raja Melayu dikekalkan dalam perlembagaan. Perkongsian orang Melayu ialah memberikan kewarganegaraan berdasarkan prinsip jus soli dan balasan orang bukan Melayu pula ialah memberikan kedudukan istimewa kepada orang Melayu , mengekalkan Agama Islam sebagai Agama Rasmi dan Agama Persekutuan, menggunakan Bahasa Melayu sebagai Bahasa Kebangsaan dan mengekalkan kedudukan Raja-raja Melayu.
Permuafakatan dan tolak ansur antara orang Melayu dan bukan Melayu ini juga merupakan nilai-nilai unsur tradisi dalam Perlembagaan Malaysia.
Antara unsur-unsur Tradisi dalam perlembagaan persekutuan ialah pemerintahan beraja , kedudukan istimewa orang melayu, agama islam dan Bahasa melayu.
Pemerintahan beraja mutlak ditukar kepada system Raja Berpelembagaan.Manakala,kedudukan orang Melayu pula dipelihara sebagai tanggungjawab khas Yang di-Pertuan Agong.Agama Islam pula dijadikan agama rasmi Persekutuan dan Bahasa Melayu dijadikan sebagai Bahasa kebangsaan
Tanah Melayu mungkin tidak Berjaya mencapai kemerdekaan pada tahun 1957 tanpa kontrak sosial ini kerana pihak British menjadikan permuafakatan sebagai prasyarat kemerdekaan. Kontrak sosial ini juga merupakan asas yang menjadikan Malaysia sebuah negara merdeka di bawah sistem pemerintahan Demokrasi Berparlimen Raja Berperlembagaan dengan konsep negeri dan persekutuan selain menjadi anak kunci kepada perpaduan antara kaum seperti yang termaktub dalam Perlembagaan
RUJUKAN : http://abuhassanadam.blogspot.my/2013/01/jus-soli.html
( Abuhassanadam )
3 . HAK KEISTIMEWA MELAYU
Hak istimewa orang Melayu dan bumiputera yang terkandung dalam Perkara 153, bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi (Perkara 152) serta Islam sebagai agama rasmi (Perkara 3) di bawah Perlembagaan Persekutuan bukan diwujudkan semata-mata untuk menjaga kedudukan orang Melayu.
Sebaliknya jelasnya, ia diwujudkan berasaskan fakta serta sejarah penubuhan negara sejak zaman kesultanan Melayu sehingga pembentukan Malaysia yang mengiktiraf orang Melayu sebagai penduduk asal di negara ini selain mewujudkan keharmonian dengan kaum- kaum lain.
”Jadi, tiada sebab orang Melayu tidak mempertahankan perkara-perkara yang terkandung dalam Perlembagaan Persekutuan kerana ia berasaskan kewujudan budaya serta orang Melayu di negara ini selain memelihara kedudukan agama Islam.
”Maka, generasi muda Melayu tidak harus rasa malu untuk pertahankan hak kaum sendiri.
”Sekiranya kita bersikap terlalu mengagungkan budaya orang lain sehingga tidak mempedulikan nasib kaum sendiri, ia tetap tidak akan mengubah hakikat bahawa kita adalah orang Melayu,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika menyampaikan ucapan Jurang Pembangunan dan Kewajipan Melaksanakan 153 pada Forum Wacana 153 anjuran bersama Gabungan Persatuan Penulis Nasional (Gapena) dan Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS) di sini hari ini.
Perlembagaan itu bukan diwujudkan untuk menjaga kepentingan orang Melayu sahaja, sebaliknya ia untuk memelihara keharmonian kaum lain di negara ini.
Isu berkaitan kewarganegaraan ini terkandung di dalam Bahagian 3 Perlembagaan Malaysia. Hak serta cara-cara mendapatkan kewarganegaraan Malaysia terkandung dalam Perkara 14 hingga 22. Perkara 23 hingga 28 pula adalah berkaitan dengan kehilangan hak kewarganegaraan. Secara umumnya, seseorang itu boleh mendapatkan kewarganegaraan Malysia melalui kuat kuasa undang-undang pendaftaran,permohonan kemasukan dan melalui percantuman wilayah.Kewarganegaraan secara percantuman wilayah pula diberikan kepada penduduk Singapura, Sadah dan Sarawak yang menganggotai Persekutuan Malaysia pada 16 September 1963.
Sejarah sangat penting dalam kehidupan manusia dengan menjadi panduan dan iktibar kepada Bangsa Melayu untuk memperbaiki kesilapan masa lalu bagi membolehkan masyarakat mencipta kejayaan yang lebih gemilang. Tanpa belajar daripada kesalahan dan kesilapan masa lalu, kita mungkin mengulangi kesilapan lampau yang bukan sahaja merugikan seseorang individutetapi mungkin juga kepada keluarga, masyarakat dan negara mahupun bangsa.Melalui sejarah, rakyat dapat mempelajari kejayaan bangsa dan negara seperti zaman keemasan Kesultanan Melayu Melaka pada abad ke-15 yang boleh dijadikan perangsang untuk memacukemajuan negara. Tidak dapat dinafikan, pembentukan negara Malaysia pada hari ini bertitik-tolak daripada kewujudan Kerajaan Melayu Melaka yang telah diasaskan oleh Parameswara.Sejarah juga membolehkan kita mengingati kegemilangan masa silam yang mana jika adakesedaran, kegigihan dan kesungguhan di kalangan pemimpin dan rakyat, keagungan tersebutmampu diulangi malah mungkin lebih cemerlang. Malaysia kini mengecapi pelbagaikecemerlangan dalam pelbagai bidang dan menjadi antara negara membangun yang palingmaju di dunia. Dengan kegigihan pemimpin dan rakyatnya, tidak mustahil Malaysia mampumengecapi kegemilangan dan mengulangi semula zaman kegemilangan Kesultanan MelayuMelaka pada abad ke-15.Di samping itu sejarah juga dapat memupuk semangat patriotisme atau semangat cintakannegara. Perasaan ini timbul apabila kita mempelajari sejarah tanahair dan dengan itu akanlahirlah rasa bangga terhadap negara dan bangsa. Tanpa semangat ini, maruah negara kita boleh tercalar apabila lahirnya warganegara yang sanggup mengadai dan menjual maruahnegara seperti terlibat dengan kegiatan menyeludup masuk warga asing. Semangat patriotisme timbul apabila kita mengetahui dan memahami siapa diri, bangsa dan negara kita,serta mempunyai pengetahuan teguh tentang sejarah negara kita. Namun begitu, ramaigenerasi muda hari ini hanya mempelajari sejarah semata-mata untuk lulus di dalam peperiksaan sama ada di peringkat sekolah mahu pun di universiti. Malangnya mereka gagaluntuk memahami kepentingan mata pelajaran sejarah dan terhasil rakyat Malaysia yang butasejarah negara sendiri.Sejarah juga membantu kita menghargai dan memelihara kemerdekaan serta kedaulatannegara. Proses mendapatkan kemerdekaan telah pun selesai pada1957 tetapi pengisiannya bukanlah perkara yang mudah. Lebih sukar di negara majmuk seperti Malaysia. Jika generasimuda hari ini tidak memahami sejarah pembentukan negara, apa yang telah bina akan runtuhdan musnah. Meruntuhkan sesuatu amat mudah tetapi untuk membina atau membentuk sesuatu itu yang sukar. Negara merdeka Tanah Melayu dibentuk hasil tolak ansur orang-orang Melayu untuk menerima golongan imigran Cina dan India. Pemahaman terhadapkontrak sosial ini amat penting untuk memacu Malaysia sebagai negara maju. Kegagalanmemahami kontrak sosial ini mampu mendatangkan impak negatif kepada negara. Namun begitu dengan memiliki pengetahuan sejarah, rakyat Malaysia dapat memahami situasi inidan akan menjadi bangsa yang bersyukur seterusnya bersama-sama mengembling tenagauntuk membangun dan mengukuhkan negara.Jelas kepada kita betapa pentingnya pengetahuan sejarah kepada rakyat Malaysia. Tanpa pengetahuan sejarah terutamanya mengenai pembentukan negara kita yang bermula dengan
Tanah Melayu dan kemudiannya Malaysia, akan lahirlah warganegara tanpa jati diri. Merekaini tidak menghargai apa yang telah dimiliki pada hari ini dan lahirlah warganegara yang tidak bersyukur, lupa asal- usul, adat resam dan budaya. Tidak hairanlah jika akan lahir rakyat Malaysia yang tamak haloba dalam mencapai matlamat hidup tanpa mempedulikanhalal-haram dari aspek undang-undang dan memcampakkan kontrak sosial negara ketepidemi mencapai cita-cita mereka. Hargailah apa yang telah kita kecapi hari ini. PresidenAmerika Syarikat ke-44, Barack Hussin Obama dalam ucapan sulung sebagai presidenmengungkapkan: Sejarah akan menilai kita dengan apa yang kita bina dan bukan dengan apayang kita runtuhkan. Contohnya ialah :
1.Dapat mengeratkan hidup rakyat berbilang kaum.
- Perbezaan agama,budaya,dan kaum tidak menghalang hidup dalam harmoni.
- Mengenal asal usul,hak masing-masing,dan peranan yang perlu di lakukan
- Memahami asal usul dapat menghindar perasaan iri.2.Mengenali tokoh yang melakar sejarah tanah air.
2.Mengenali tokoh yang melakar sejarah tanah air.
- Mereka berjuang memperjuangkan tanah air daripada penjajahan inggeris.
- Para pejuang berkorban untuk keselesaan anak watan.
- Kemerdekaan secara muafakat menyedarkan kita akan keringat pejuang silam.
3.Memperolehi kemerdekaan lebih mudah berbanding mempertahankannya.
- Hidup senang menyebabkan tidak berwaspada akan kemungkinan buruk.
- Penjajah kini berupa penjajah ekonomi.
- Sejarah berulang dan kita perlu beringat.
4.Dapat menambahkan pengetahuan.
- Berpengetahuan dapat menggerak minda berwawasan.
- Tidak menjadi seperti katak di bawah tempurung.
- Menyayangi diri sendiri dan bahan sejarah.
RUJUKAN : BUKU TEKS PENGAJIAN MALAYSIA ( BERMULA DARI MUKA SURAT 79 SEHINGGA MUKA SURAT 80 )
4 . ISU PERPADUAN KAUM DI MALAYSIA
Usaha kerajaan untuk mewujudkan ‘sistem amaran konflik perkauman’ sebagaimana yang dicanangkan tahun lalu mengheret beberapa persepsi terhadap pencapaian negara dalam usaha menyemarakkan perpaduan kaum. Antara persoalan yang terbangkit ialah sejauh manakah usaha kerajaan selama ini berhasil untuk memakmurkan perpaduan kaum, dan apakah pencapaian usaha perpaduan kaum selama ini amat lemah sehingga kerajaan memerlukan suatu sistem indikator bagi mengesan konflik perkauman.
Pada junktur sejarah, usaha serius Malaysia ke arah perpaduan kaum dilihat mula bercambah setelah tercetusnya tragedi 13 Mei apabila Majlis Perpaduan Negara dan selaras dengan itu Kementerian Perpaduan Negara ditubuhkan. Namun saya lihat bahawa bibit-bibit usaha ke arah yang sama juga telah dibenihkan dalam Perlembagaan Kemerdekaan 1957 lagi. Dalam konteks ini klausa-klausa dalam Perlembagaan Persekutuan yang menjurus kepada penggunaan bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi, peruntukan pelaksanaan sekolah jenis kebangsaan dan penggunaan bahasa kaum minoriti, telahpun dimaktubkan melalui Artikel 152 dan 153, yang seringkali kita rujuk sebagai ‘kontrak sosial’ antara pemimpin-pemimpin parti pelbagai etnik yang dominan di Malaysia.
Sebagaimana yang pernah ditunjukkan oleh kajian Furnival (1956), negara-negara Dunia Ketiga pascamerdeka amat teruk dikacaubilaukan oleh penjajah dengan polisi ‘pecah dan perintah’. Polisi sedemikian juga amat lumayan diamalkan oleh pihak British ke atas datuk nenek kita dahulu sebelum merdeka kerana pendekatan sedemikian menguntungkan pihak penjajah. Bagi Furnival falsafah sedemikian telah mewujudkan dan mengukuhkan pluralisme atau suatu bentuk masyarakat berbilang kaum yang ‘they mix but do not combine’ atau dalam bahasa ibunda, ‘mereka bercampur tetapi tidak bersatu.’ Bagi Furnival falsafah pluralisme sedemikian lebih banyak mendatangkan bencana kepada kestabilan sosial dan politik negara. Menurut Dr Candra Muzaffar, masyarakat kita lebih cenderung kepada hubungan ‘fungsional daripada hubungan empatetik’. Makudnya kita sekadar berhubungan di pejabat, di pasar dan di tempat kerja, tetapi kita tidak mahu berkongsi masalah yang melampaui sempadan-sempadan persekitaran tersebut.
Sebaliknya kita juga sedar bahawa ‘perpaduan kaum’ adalah pemboleh ubah penting dalam menentukan kestabilan politik, sosial, malah ekonomi. Perpaduan kaum itu menuntut hubungan ‘empatetik’ sebagaimana disarankan oleh Dr Chandra. Mana-mana kerajaan jua pastinya berusaha untuk menentukan elemen-elemen penting perpaduan kaum ini digarap supaya pembangunan sosial, ekonomi dan infrastruktur dapat dicapai. Konsep masyarakat majmuk sebagaimana yang dilihat oleh Furnival, memperakui dan membenarkan keperbedaan nilai, norma, budaya dan adat resam sesuatu kaum minoriti. Malah dalam konteks Malaysia, kerajaan amat prihatin dan kaya timbang rasa sehingga toleransi dalam konsep pluralisme itu, tanpa disedari, sedikit-sebanyak telah menjadi peyumbang kepada benih-benih perkauman sesama kita.
Pada suatu ektrim tertentu saya melihat bahawa usaha jitu kerajaan untuk memakmurkan dan menyuburkan perpaduan kaum melalui program perpaduan kaum antara masyarakat berbilang etnik telah banyak terganggu dan kadangkala terbantut pada kadar yang tidak sanggup kita perakui. Tanpa niat mencabar Perlembagaan, melalui falsafah yang didokong oleh Artikel 152 (memberi hak kepenggunaan bahasa minoriti), saya melihat seakan-akan wujud konflik dengan falsafah yang didokong oleh Artikel 153 (menekankan bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi).
Dalam persekitaran yang keterasingan sedemikian saya lihat aliran dan hala tuju perpaduan kaum tidak menggalakkan pertembungan budaya yang dibawa oleh sistem sekolah monoetknik, dan begitu juga media massa monoetnik. Hal ini menjadi semakin rumit apabila institusi politik kita juga di lihat tertegak atas falsafah monoetnik yang turut memakmurkan konsep pluralisme Furnival.
Profesor Hamdan Adnan, bekas Pesuruhjaya Suhakam, pernah mencatatkan bahawa daripada tahun 1945 hingga 1969 sejumlah dua puluh dua insiden pergeseran etnik telah berlaku, dengan peristiwa 13 Mei 1969 sebagai insiden yang paling dahsyat. Saya gusar dan sangsi jika statistik sedemikian menurun kerana kadangkala diri kita sendiri seringkali menutup sebelah mata untuk mendedahkan secara serius isu-isu sedemikian. Misalnya Malaysia tidak sunyi daripada peristiwa yang condong kepada perbalahan etnik seperti peristiwa penentangan Dong Jiao Zhong terhadap dasar kementeraian pendidikan pada tahun 1987 yang membawa kepada pelaksanaan ‘Operasi Lalang’, yang menurut beberapa pemerhati politik, hampir sahaja mengulangi peristiwa 13 Mei. Perbalahan pengurusan sebuah kuil Hindu dan masjid di Kampung Rawa, Pulau Pinang pada tahun 1998, tragedi Kampung Medan pada tahun 2001, peristiwa pergaduhan etnik antara peserta PLKN, dan isu mahasiswa UM (malah di semua universiti di Malaysia secara amnya) yang tidak mesra dalam bentuk hubungan silang-etnik, mungkin mengundang kita untuk sama-sama memikirkan tentang kejayaan dasar dan modus operandi perpaduan kaum negara.
Mungkin juga pada suatu ekstrim yang lain, peristiwa-peristiwa berkenaan hanya sekadar kes-kes terpinggir yang tidak harus dilihat sebagai perbalahan etnik tetapi sebaliknya hanyalah perbalahan dua pihak yang boleh saja berlaku dalam kandang intraetnik itu sendiri, dan bukan sekadar dalam persepsi silang-etnik. Sebagaimana lunaknya peribahasa Melayu yang mengatakan bahawa ‘sedangkan lidah lagi tergigit’ apatah lagi situasi iklim kepelbagaian etnik di Malaysia yang bersandar kepada perbezaan bahasa, budaya dan agama sebagai komponen sensitif yang menuntut toleransi tinggi sesama kita.
Walau bagaimanapun kita tidak boleh memandang ringan pada perkembangan hubungan ethnik kontemporari sebagaimana terpancar daripada usaha kerajaan untuk menubuhkan ‘sistem amaran konflik perkauman’ yang akan berpusat di Putrajaya. Nampaknya dengan tertubuhnya sistem sedemikian, kerajaan telah mencari pendekatan ‘adhoc’ iaitu mencegah perbalahan etnik daripada mencambahkan dan menyuburkan benih-benih hubungan mesra antara kaum. Mungkin persepsi saya salah, kerana sebenarnya kerajaan mengutamakan kedua-duanya sekali.
Meninjau realiti politik dan sosial di Malaysia, saya melihat bahawa terdapat elemen-elemen pendekatan yang diambil oleh Malaysia dalam hal membina perpaduan kaum, agak berbeza dengan pendekatan yang dianggap sebagai arus perdana di Barat. Pendekatan yang digunakan oleh kepimpinan Malaysia dalam beberapa aspek berada dalam ekstrim yang bersongsangan berbanding dengan teori perpaduan kaum yang disarankan oleh pemikir-pemikir Barat dan yang diamalkan di sebelah sana.
Bagi sesetengah budayawan, yang menolak model asimilasi, mereka melihat pendekatan ini sebagai satu bentuk ‘penjajahan dalaman’ kerana dalam proses ini berlaku eksploitasi golongan majoriti terhadap golongan minoriti. Namun dalam banyak contoh di sebelah Barat, golongan majoriti itu adalah juga merupakan pihak pemerintah yang melaksanakan dasar memperlemahkan budaya dan bahasa minoriti atas nama perpaduan kaum. Dalam konteks ini, banyak kerajaan Barat yang mempertegaskan penggunaan bahasa rasmi sebagai satu-satunya bahasa komunikasi tanpa sebarang kompromi, baik dalam urusan perkhidmatan awam, pendidikan asas di sekolah mahupun di institusi pengajian tinggi. Demi mewujudkan perpaduan kaum, ada kerajaan yang mengharamkan penggunaan dan pengajaran bahasa ibunda golongan minoriti sehingga ke tahap menguatkuasakan hukuman ke atas para pelajar yang berkomunikasi antara mereka dalam bahasa minoriti di dalam kawasan dan persekitaran sekolah. Kerajaan Perancis misalnya telah hampir mengharamkan terus penggunaan bahasa Breton, kerajaan British mengharamkan bahasa Welsh dan kerajaan Scotland telah melenyapkan bahasa Gaelic di bumi Scotland. Berbeda dengan Malaysia, kebanyakan kerajaan Barat menolak sama sekali kewujudan sekolah-sekolah monoetnik dan media massa monoetnik.
Dalam konteks perpaduan kaum, Malaysia juga menghadapi banyak masalah kerana kepercayaan dan perbezaan agama tidak memungkinkan proses asimilasi berlaku. Asimilasi dalam konteks budaya juga tidak berjalan lancar kerana setiap kaum melihat bahawa budaya dan tamadun bangsa mereka masing-masing lebih dominan daripada yang lain. Orang-orang India melihat keagungan tamadun Indus yang bermula pada 2500 S.M. lebih agung daripada tamadun Melayu yang mereka lihat hanya bermula pada kira-kira lima ratus tahun dahulu (jika Kesultanan Melaka menjadi tanda aras). Kaum Cina pula melihat ketamadunan China yang bermula kira-kira 2000 S.M. di Peking jauh lebih hebat daripada tamadun Melayu. Banyaklah elemen-elemen ketamadunan ini yang boleh mereka rasionalkan untuk menyokong kelangsungan budaya mereka masing-masing.
Dengan perkiraan sebegini kadangkala saya lihat bahawa kerajaan juga menjadi serba salah dalam hal menentukan halatuju kebudayaan nasional. Misalnya, pada tahun 1982, Tun Mahathir pernah menyatakan bahawa ‘Budaya Melayu harus menjadi ciri-ciri utama budaya nasional, supaya diterima dan diamalkan oleh semua kaum. Malah terdapat juga yang mahukan budaya Melayu dijadikan satu-satunya elemen budaya nasional’ (dipetik daripada Munro-Kua 1996). Walau bagaimanapun pada tahun 1995, Tun Mahathir dengan jelas menyatakan bahawa konsep perpaduan kaum tidak lagi bertunjangkan kepada konsep yang berasaskan budaya Melayu. Menurut Tun, ‘Bangsa Malaysia membawa maksud rakyat yang dikenali sebagai membawa identiti Malaysia, menuturkan bahasa Melayu dan meluhurkan Perlembagaan. Untuk merialisasikan bangsa Malaysia, rakyat harus mula menerima kewujudan masing-masing seada-adanya, tanpa mengira kaum dan agama’ (dipetik daripada Francis Loh Kok Wah dan Khoo Boo Teik 2002). Ertinya rakyat Malaysia harus dilihat sebagai Melayu, Cina dan India sebagimana terpancar melalui amalan budaya masing-masing. Konsep ini condong kepada konsep pluralisme Furnival.
Namun pendirian kerajaan yang sedemikian terhadap perpaduan kaum seperti berdiri atas platform yang berbeza pula jika dilihat pada matlamat yang didokong oleh Wawasan 2020, kerana ia diangkat sebagai suatu ‘Bangsa Malaysia’ tanpa melihat perbedaan warna kulit dan amalan budaya. Secara idealnya tidak akan wujud lagi Melayu, Cina atau India jika Wawasan 2020 direalisasikan. Konsep ini condong pula kepada konsep asimilasi.
Jelaslah bahawa di Malaysia pendekatan asimilasi dirujuk semula kerana saya kira pendekatan inilah dilihat sebagai yang terbaik untuk membina perpaduan kaum yang utuh dan tulen, sekurang-kurangnya dalam konteks peleburan bahasa ibunda etnik minoriti. Pendekatan sedemikian telah lama dibuktikan terbaik bagi Malaysia, misalnya dalam konteks golongan Baba Nyonya di Melaka dan juga di Pulau Pinang, golongan India peranakan atau Mami di Pulau Pinang, dan Arab Peranakan telah meleburkan sehingga mengorbankan bahasa nenek moyang mereka. Malah di kalangan golongan Baba Nyonya tercipta bahasa ‘kreol’ mereka yang tersendiri yang pastinya terbina daripada improvisasi bahasa ibunda golongan majoriti Melayu yang lebih dominan.
Amat jelas juga kita lihat bahawa budaya golongan minoriti dalam konteks asimilasi sosial teradun dalam acuan budaya Melayu meskipun secara halusnya terdapat perbezaan di sana-sini. Namun, jika budaya nasional Malaysia boleh diterjemahkan sebagai budaya etnik peribumi Melayu sebagai asasnya, maka saya lihat bahawa budaya Baba Nyonya, India Peranakan dan Arab Peranakan ini telah menjelmakan satu proses perpaduan kaum yang utuh dan tulen.
Namun realitinya dalam konteks kontemporari, dasar perpaduan kaum Kerajaan Malaysia amat mesra dan bertoleransi terhadap bahasa etnik minoriti. Penggunaan bahasa etnik minoriti tidak pernah dikenakan hukuman malah tidak pernah dilarang digunakan di mana-mana sekolah di Malaysia, meskipun di sekolah-sekolah kebangsaan. Malah diwujudkan pula sekolah-sekolah jenis kebangsaan dengan memberikan hak mutlak kepada etnik minoriti untuk menggunakan bahasa ibunda mereka sebagai bahasa pengajaran.
Dengan ekstrim pendekatan pluralisme atau konsep ‘mangkuk sayur-mayur’ seperti di Malaysia kita lihat bahawa dalam situasi tertentu bahasa rasmi menjadi bahasa rojak, malah dicampuradukkan pula dengan bahasa Inggeris mungkin untuk menyuntik ciri-ciri lenggok komunikasi antarabangsa. Bahasa Melayu lisan telor Cina dan telor India menjadi tegar diamalkan bukan sahaja apabila golongan ini berkomunikasi sesama mereka, malah disokong dan disuburkan oleh golongan Melayu sendiri ketika berkomunikasi dengan kaum India dan Cina.
Akhir-akhir ini pula, kita lihat DBP mahu dinobatkan secara legitimasinya sebagai ‘polis bahasa’. Saya tidak tahu bagaimana polis ini akan melaksanakan tanggungjawabnya apabila melihat di kebanyakan bandar di Malaysia, papan-papan iklan seringkali mengabaikan penggunaan dan pengutamaan bahasa Melayu. Malah bahasa rojak yang haru-biru dan celaru sudah menjadi identiti yang tegar di papan-papan tanda kedai. Namun pada sudut yang amat jauh dalam hati kecil ini, saya optimistik bahawa DBP akan berjaya walaupun terpaksa mengambil masa yang panjang yang penuh onak dan duri, dan sekali gus menyuburkan perpaduan kaum. Saya juga yakin bahawa kejayaan tersebut haruslah dimulakan dengan semangat kecintaan yang tinggi setiap rakyat terhadap negara ini.
Perasaan tidak puas hati terhadap hak istimewa orang melayu
PAP telah secara lantang menyuarakan rasa tidak puashati terhadap apa yang disebut sebagai hak istimewa orang Melayu dalam perlembagaan. Mereka mendakwa hak kaum-kaum lain telah diketepikan kononnya mereka telah tersisih daripada keadilan. Oleh sebab itu menurut Jomo dalam bukunya "Pembangunan Ekonomi dan Kelas Sosial di Semenanjung Malaysia ", isu sebenar yang mencetuskan peristiwa 13 Mei adalah perasaan tidak puas hati terhadap hak istimewa orang Melayu. Namun hakikat sebenarnya kedudukan taraf ekonomi orang Melayu adalah terkebawah berbanding dengan kaum Cina. Pendeknya apa yang didakwa oleh orang-orang Cina yang mereka terjejas oleh peruntukan hak istimewa orang Melayu ini adalah sebagai alat semata-mata umtuk mereka berlindung di sebaliknya bagi menarik perhatian dan sokongan ramai terutama menjelang pilihan raya 1964.
Menyedari akan bahayanya pengaruh majoroti Cina dari Singapura ini, Tunku telah mengambil keputusan untuk memaksa Singapura keluar dari Malaysia pada 9 Ogos 1965. Namun keadaan ini tidak mematahkan semangat PAP untuk cuba membela nasib orang-orang Cina di Tanah Melayu. Berikutan itu sebuah parti baru telah ditubuhkan di Malaysia bagi mengambilalih fungsi PAP sebelum ini. Parti baru itu diberi nama Parti Tindakan Demokratik (DAP).
Menjelangnya pilihanraya 1969 parti DAP dan parti -parti pembangkang lain telah memainkan isu-isu sensitif dan perkauman termasuk membangkitkan soal-soal ketidakadilan menyebabkan perasaan tidak puas hati dan kegelisahan di kalangan rakyat menjadi bertambah. Sebenarnya apa yang cuba dilakukan oleh parti-parti politik ini bertujuan untuk mendapatkan kemenangan dalam pilihanraya, di mana mereka tidak mempedulikan sentimen antara kaum yang boleh membahayakan itu.
Perbezaan agama dan budaya
Perbezaan agama dan budaya
Kaum melayu sebahagian besarnya beragama islam Kaum cina beragama Buddha, Lao-Tza, Taoisme, Conficius manakala kaum india beragama hindu. Di samping itu terdapat juga yang beragama kristian. Setiap kaum juga mempunyai kebudayaan yang tersendiri. Masalah perpaduan ini bukannya bermula disebabkan agama lain tetapi akibat dari sikap jahil terhadap agama-agama lain hingga banyak perkara yang dilakukan secara tidak sengaja telah menyinggung emosi penganut agama lain. Inilah punca yang telah mengakibatkan peristiwa 13 Mei 1969.
Masalah Ekonomi
Kegiatan ekonomi berbeza telah mewujudkan jurang pendapatan berbeza antara kaum dan menimbulkan rasa tidak puas hati dan persaingan ekonomi secara tidak sihat. Ketidakseimbangan ini menyebabkan setiap kaum saling mencemburui satu sama lain. Orang melayu mencemburui kemewahan dan kejayaan orang cina manakala orang cina dan india mencemburui kelebihan orang melayu yang mendapat peluang perkhidmatan dalam sektor pentadbiran.
RUJUKAN: http://ww1.utusan.com.my/utusan/info.aspy=2008&dt=0907&pub=utusan_malaysia&sec=rencana&pg=re_01.htm
( Dr. Sham Rahayu, Pensyarah Undang-undang Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM).
4) Pada Pandangan Anda, Mengapakah Perlu Ada Peruntukan Istimewa Dalam Perlembagaan Persekutuan Malaysia
Pada pandangan saya,peruntukan istimewa perlu ada Perlembagaan Persekutuan Malaysia kerana ia dapat menjamin keselamatan dan keamanan rakyat.Perlembagaan dapat menggariskan kebebasan dan hak asasi warganegara seperti kebebasan diri,kebebasan menyuarakan pendapat dan kebebasan memiliki harta dan beragama.
Pada pandangan saya,peruntukan istimewa perlu ada Perlembagaan Persekutuan Malaysia kerana ia dapat menjamin keselamatan dan keamanan rakyat.Perlembagaan dapat menggariskan kebebasan dan hak asasi warganegara seperti kebebasan diri,kebebasan menyuarakan pendapat dan kebebasan memiliki harta dan beragama.
Seterusnya,peruntukan istimewa perlu ada dalam perlembagaan Perlembagaan persekutuan supaya hak orang Melayu,Bumiputera dan kaum-kaum lain terjaga.Hal ini kerana,semua rakyat berhak mendapat perlindungan dan kesamarataan di sisi undang-undang.Jika hak orang Melayu,bumiputera dan kaum lain tidak terjaga ia boleh menyebabkan berlakunya perselisihan faham dan rusuhan kaum.Oleh yang demikian,hak orang Melayu,bumiputera dan kaum lain tidak seharusnya dipandang remeh agar ia dapat menjaga perpaduan dan keharmonian hidup masyarakat Malaysia.
Selain itu,peruntukan istimewa perlu ada dalam Perlembagaan Persekutuan Malaysia kerana ia dapat merealisasikanm cita-cita untuk mewujudkan sebuah negara yang maju.Hal ini demikian kerana,bahasa Melayu merupakan bahasa perantaraan yang digunakan para pedagang yang datang dari serata dunia.Walaupun begitu,penggunaan bahasa Inggeris lebih diutamakan daripada penggunaan bahasa Melayu dalam bidang pentadbiran dan Pendidikan.Di samping itu, bahasa Melayu dijadikan sebagai bahasa rasmi di negara kita.Bahasa melayu juga turut termaktub dalam perkara 152 Perlembagaan Persekutuan.Negara kita hendaklah mempunyai identity yang sendiri dan identity rasional supaya negara kita tidak ketinggalan untuk maju dari negara-negara lain.Hal ini supaya generasi yang akan datang terus menggunakan bahasa bahasa kebangsaan iaitu bahasa Melayu walau dimana sahaja mereka berada.Oleh itu,sekiranya rakyat Malaysia mematuhi apa yang termaktub dalam Perlembagaan Malaysia ianya dapat prestasi dan nama baik negara di persada dunia.
5) Kita sering mendengar pihak-pihak tertentu yang mahukan kebebasan untuk melakukan sesuatu perkara.
Kita juga sering mendengar keluhan agar kebebasan untuk melakukan sesuatu perkara termasuk kebebasan berhimpun, berucap mahupun memeluk sesuatu agama tidak disekat.
Bagi mereka, kebebasan rakyat tidak harus disekat mahupun dihalang kerana ia bertentangan dengan semangat Perlembagaan Persekutuan negara. Atas nama kebebasan inilah, mereka percaya kebebasan manusia tidak boleh disekat sama sekali dan bebas melakukan apa sahaja atas nama kebebasan semata-mata.
Hakikatnya, definisi kebebasan cukup luas dan subjektif. Kebebasan bagi pihak A mungkin berbeza dengan pihak B kerana masing-masing mempunyai aspirasi dan pandangan tersendiri. Pihak A mungkin berpendirian bahawa kebebasan yang dimiliki oleh rakyat perlu dikawal lebih-lebih lagi jika negara yang didiaminya adalah berbilang kaum dan agama. Pihak B pula mempunyai pendirian yang lebih terbuka dengan menyokong konsep kebebasan total atau menyeluruh.
Tidak dinafikan konsep kebebasan adalah cukup penting dalam kehidupan manusia. Akan tetapi, konsep kebebasan yang ingin diangkat dan diperjuangkan perlulah seiring dengan sensitiviti, acuan serta realiti semasa sesebuah negara. Di Malaysia, ia juga tidak terkecuali. Tidak semestinya, konsep kebebasan mutlak yang diamalkan di negara-negara maju adalah sesuai untuk diamalkan di negara-negara lain. Ini kerana, setiap negara mempunyai suasana dan sistem politik yang berbeza.
Apapun penulis percaya, setiap rakyat perlu diberikan ruang yang mencukupi untuk melakukan perkara yang disukainya. Pastinya, tiada siapa yang mahu ruang kebebasan yang telah diberikan itu, dirampas semula. Tiadanya kebebasan bukan sahaja akan membuatkan rakyat semakin rimas bahkan menjadikan mereka semakin memberontak.
Dalam realiti semasa di Malaysia, konsep kebebasan secara total tidak begitu sesuai. Dengan komposisi masyarakat di Malaysia adalah cukup majmuk dan masing-masing mempunyai budaya serta kepercayaan masing-masing, adalah sukar dan bahaya jika setiap daripada mereka diberikan kebebasan total untuk melakukan apa sahaja secara sewenang-wenangnya.
Kebebasan secara terkawal tidaklah bermakna kebebasan rakyat telah terhakis. Akan tetapi, rakyat sendiri perlu menyedari dan faham bahawa konsep kebebasan total sebenarnya tidak wujud di muka bumi ini. Amerika Syarikat umpamanya yang sering bermegah-megah dengan konsep demokrasi yang telus dan terbuka, turut mempunyai kepincangannya tersendiri. Cumanya, kepincangan tersebut jarang diperkatakan kerana mereka adalah kuasa besar dunia yang berpengaruh.
Misalnya, dalam insiden-insiden yang membabitkan perkauman seperti mana yang berlaku di Ferguson, Missouri baru-baru ini, memperlihatkan kecenderungan pihak berkuasa untuk mengambil langkah pencegahan awal sebelum keadaan menjadi lebih meruncing. Apa yang diperkatakan oleh Perdana Menteri baru-baru ini bahawa perlu adanya batasan dan akauntabiliti untuk rakyat meluahkan pandangan serta pendapat mereka, ada kebenarannya dan boleh direnungkan bersama.
Penutup
Kesimpulannya,berdasarkan apa yang kami perolehi daripada mengkaji dan mencari maklumat tentang Peruntukan Utama Perlembagaan Malaysia ialah isu perkauman ini boleh mendorong kepada pecah belah masyarakat dan sekiranya tidak dapat diatasi maka keharmonian dan kemerdekaan akan sukar untuk dicapai.Selain itu,dengan mengkaji tajuk ini ianya juga mengajar kita untuk sentiasa bertolak ansur sesama sendiri tanpa mengira kaum dan warna kulit.Akhir kata, kita hendaklah sentiasa bersikap rasional dan terbuka untuk melakukan keputusan yang bijak dan munasabah supaya ianya memberi banyak kelebihan kepada masyarakat agar tidak menyesal di kemudian hari bak kata pepatah,jangan sudah terhantuk baru nak terngadah dan jangan sampai nasi menjadi bubur.
Rujukan : http://ohpengajianmalaysia.blogspot.com/2014/09/kebebasan-asasi.html
. http://ww1.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2008&dt=0907&pub=utusan_malaysia&sec=rencana&pg=re_01.htm
4. BUKU TEKS PENGAJIAN MALAYSIA
Comments
Post a Comment